Program Bicara YBhg. Dato’ Pengerusi@KESEDAR & DPLB@KPLB Program Bicara YBhg. Dato’ Pengerusi@KESEDAR & DPLB@KPLB

Program Bicara YBhg. Dato’ Pengerusi@KESEDAR & DPLB@KPLB telah berlangsung pada 15 September 2019 (Ahad) bersamaan 15 Muharram 1441H bertempat di Dewan Komuniti, Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para penjawat KESEDAR tentang Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) yang telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada 27 Jun 2019 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dasar Pembangunan Luar Bandar mengandungi sepuluh (10) teras iaitu Ekonomi berdaya saing dan mampan, Keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi, Modal insan berkualiti, Prasarana lengkap dan canggih, Keunggulan generasi belia luar bandar, Wanita luar bandar yang progresif, Kehidupan luar bandar yang sejahtera, Sistem penyampaian dan tadbir urus berkesan, Biodiversiti dan alam sekitar mampan serta Perumahan, pembangunan wilayah dan penempatan desa bersepadu.

Dalam ucapan YBhg. Dato’ Sazmi Miah, Pengerusi KESEDAR, beliau menekankan tentang perubahan yang perlu dilakukan terhadap diri dan juga organisasi dalam melaksanakan tugasan harian sebagai penjawat awam. Beliau juga mengajak semua penjawat supaya tidak bertangguh-tangguh dalam melakukan perubahan walaupun terlalu banyak rintangan yang datang dalam kehidupan seharian. Beliau berbangga dengan KESEDAR kerana berjaya membangunkan kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) dan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) di KESEDAR. Kejayaan ini dapat mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar, namun beliau berkata, seharusnya KESEDAR mempunyai alternatif lain untuk lebih maju dan berdaya saing di masa hadapan.

Dato’ Sazmi Miah mencadangkan agar KESEDAR membuat perubahan menjadikan ladang kelapa sawit dan getah sebagai ladang berintegrasi iaitu pencantuman tanah (big scale farming) untuk menaman pelbagai tanaman seperti nenas, kelapa dan durian terutamanya durian musang king. Beliau berharap semua jenis tanaman ini dapat membantu KESEDAR agar lebih maju melangkah ke hadapan.

Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. Datuk Haji Mohd Roslan Bin Puteh, YBhg. Dato' Hj. Fazam bin Mat Lazim yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, YABrs. En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim,Pengurus Besar KESEDAR, YBrs. Tuan Haji Othman bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan YBrs. Tuan Haji W.Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta penjawat KESEDAR. Majlis berakhir jam 1.00 tengahari.

 

Program Bicara YBhg. Dato' Pengerusi@KESEDAR & DPLB@KPLB   Program Bicara YBhg. Dato' Pengerusi@KESEDAR & DPLB@KPLB

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Program Bicara YBhg. Dato’ Pengerusi@KESEDAR & DPLB@KPLB