Program Turun Padang Pengerusi KESEDAR ke RKT Paloh 3 Program Turun Padang Pengerusi KESEDAR ke RKT Paloh 3

14 Februari 2019 (Khamis) YBhg Dato' Sazmi Miah Pengerusi Lembaga KESEDAR telah turun ke RKT KESEDAR Paloh 3 dalam satu siri Lawatan secara Santai. Lawatan ini turut dihadiri oleh YABrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim Pengurus Besar KESEDAR, Tn. Hj Othman bin Ismail Timb. Pengurus Besar (Pembangunan) & Tn. Hj. W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh Timb. Pengurus Besar (Pengurusan) serta En. Zulkifli bin Ab Rahman selaku Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian. dan turut disertai oleh semua JKKR RKT KESEDAR.

Lawatan santai ini antara lain adalah untuk mengeratkan lagi di antara pemimpin rancangan dan penduduk sambal bertukar-tukar pandangan dan mendengar permasalahan penduduk RKT KESEDAR Paloh 3. Dalam lawatan tersebut Pengerusi telah dibawa melawat Ladang Paloh 3, melawat peserta Rumah Bina Negara (RBN) dan berdialog bersama Ketua Peneroka & JKKR di Balairaya Paloh 3. Kemuncak program ini Dato' Pengerusi telah menyampaikan replika kunci rumah kepada penerima rumah RBN dan PPRT serta menyampaikan sumbangan kepada 25 golongan asnaf.

Program Turun Padang  Pengerusi Kesedar Ke Rkt Paloh 3   Program Turun Padang  Pengerusi Kesedar Ke Rkt Paloh 3

Klik disini untuk lihat gambar Program Turun Padang  Pengerusi Kesedar Ke Rkt Paloh 3