Terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman KESEDAR seterusnya mengucapkan selamat datang kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi laman web ini. Teknologi Maklumat pada masa kini telah dan sedang berkembang dengan begitu pesat sekali. Perkembangan yang pesat ini mendesak setiap warga masyarakat mempunyai ilmu pengentahuan yang secukupnya sebagai tiket untuk menjadi masyarakat yang berdaya maju. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun 2020 serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-economy), laman web ini diharap dapat dijadikan gerbang atau media penyaluran makluamt yang berguna kepada masyarakat khususnya kepada kumpulan sasar KESEDAR iaitu segenap lapisan penduduk Kelantan Selatan. Justeru itu, adalah diharapkan laman web ini juga akan digunakan sebagai saluran untuk memberi maklumbalas atau teguran membina mengenai program-program pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kelantan Selatan. Adalah menjadi harapan KESEDAR untuk terus berbudi kepada rakyat negeri Kelantan khususnya Wilayah Kelantan Selatan dan KESEDAR sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan ikhlas akan terus memberikan sumbangan sebaik mungkin untuk melaksanakan apa yang dirancang demi pembangunan bangsa, agama dan negara. Salam hormat DATO' RAMZI BIN AB. RAHMAN Pengerusi KESEDAR |