Utiliti Laman
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Perutusan Pengurus Besar
 

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang, Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. Tuhan seru sekian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., para keluarga dan para sahabat baginda.

 

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana kita semua telah melalui tahun 2008 dengan jayanya, walaupun terdapat sedikit kelemahan dan kegagalan. Jadikan kejayaan dan kegagalan tersebut sebagai pedoman kepada perancangan Tahun 2009. Terima kasih kepada semua kakitangan kerana telah memberi sokongan dan kerjasama kepada pengurusan KESEDAR sepanjang tahun 2008 dan sebelumnya.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Tahun Hijrah 1430 kepada semua kakitangan dan keluarga. Marilah kita sama-sama meningkat usaha murni kita bagi menjadikan KESEDAR sebuah organisasi yang unggul dan disegani. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha kita bagi mencapai Visi dan Misi KESEDAR yang telah ditetap.


Pada Tahun 2009, KESEDAR akan meneruskan program-program pembangunan sebagaimana yang dirancangkan dalam tempoh separuh penggal Ke-2 RMKe-9. Pembangunan manusia akan diberi keutamaan disamping pembangunan fizikal. Kita juga sedang mengumpul maklumat dan data bagi penyediaan program dibawah RMKe-10 (1010-2015). Segala data dan maklumat yang tepat membolehkan visi KESEDAR menjadikan Wilayah Kelantan Selatan Wilayah Maju Menjelang 2015. Oleh yang demikian, saya menyeru semua kakitangan memberi komitmen yang jitu demi kejayaan tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah S.W.T. semoga matlamat KESEDAR dapat direalisikan.

Halaman: 1  2  

PAUTAN PANTAS
KALENDAR
06 Februari 2012
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Lagi Peristiwa