Piagam Pelanggan Kami komited untuk: - Berusaha membuka minda dan membina budaya kearah melahirkan masyarakatyang berpegang teguh kepada ajaran agama, berilmu, memiliki daya tahan dan nilai etika yang murni melalui program pembangunan sumber manusia.
- Memberi bantuan kepada penduduk termiskin di dalam kawasan Kelantan Selatan mengikutdasar-dasar yang ditetapkan bagi mencapai sasaran kemiskinan sifar menjelang tahun 2010.
- Berusaha meningkatkan kesejahteraan penduduk Kelantan Selatan melalui program-progam pembangunan kawasan penempatan, penyediaan kemudahan asas, awam dan sosial.
- Berusaha meningkatkan pendapatan masyarakat Kelantan Selatan supaya melepasi garis kemiskinan melalui program-program pembangunan pertanian, perniagaan, industri luar bandar dan pelaburan.
- Projek dan aktiviti pembangunan dirancang dan dilaksanakan mengikut rangka kerja lima tahun dan tahunan berasaskan sasaran yang telah ditetapkan.
- Menyediakan laporan kemajuan bulanan, sukutahun dan tahunan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memberi perkhidmatan dan layanan mesra, cekap, tepat dan kepada pelanggan.
|