Amanat Tahun Baharu Amanat Tahun Baharu

Majlis Amanat Tahun Baharu KESEDAR 2019 telah berlangsung di Pusat Sivik, Gua Musang pada 20 Januari 2019. Seramai 400 penjawat hadir untuk mendengar amanat tahun baharu ini.

Majlis ini telah dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Training Consultant, Amin Idris. Penjawat juga turut dipertontonkan dengan persembahan multimedia berkaitan aktiviti KESEDAR sepanjang tahun 2018.

Amanat tahun baharu 2019 telah disampaikan oleh Pengerusi KESEDAR, YBhg. Dato' Sazmi bin Miah. Turut hadir pada majlis ini adalah Pengurus Besar KESEDAR, YABrs. En. Iskandar Zurkarnain Bin Ibrahim, diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar (D), Tuan Haji Othman bin Ismail dan Timbalan Pengurus Besar (O) Tuan Haji W. Muhd. Rahimi bin Haji Wan Salleh. Dalam Ucaptamanya, beliau berharap agar KESEDAR menjadi sebuah agensi contoh yang boleh diikuti oleh agensi-agensi lain. Beliau juga berharap di dalam pengurusan perlu ada perubahan serta penambahbaikan dari semasa ke semasa selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Majlis turut membuat gimik sempena perlantikan Pengerusi KESEDAR dengan menyampaikan Jersi bernombor 10 simbolik kepada pelantikan beliau sebagai Pengerusi KESEDAR yang ke 10.

Amanat Tahun baharu 1   Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ceramah

Klik disini untuk lihat gambar Majlis Amanat Tahun 2019