Amanat Tahun Baharu 2019 Amanat Tahun Baharu 2019

ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZINNYA JUA TELAH MENGIZINKAN SAYA BERTEMU DENGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DALAM MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI SEMPENA MAJLIS AMANAT TAHUN BARU KESEDAR 2019.

SAYA AMAT BERBESAR HATI DAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGURUSAN KESEDAR KERANA MENJEMPUT SAYA DAN SETERUSNYA MEMBERI KESEMPATAN KEPADA SAYA UNTUK MENYAMPAIKAN AMANAT TAHUN BARU 2019 INI. SEJAK SAYA DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KESEDAR PADA 1 NOVEMBER 2018, INILAH PERTAMA KALINYA SAYA BERPELUANG BERTEMU SECARA LEBIH DEKAT UNTUK SALING LEBIH KENAL-MENGENALI DAN BERINTERAKSI DENGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SECARA LANGSUNG.

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KESEDAR ATAS INISIATIF MENGANJURKAN MAJLIS AMANAT TAHUN BARU 2019 PADA PAGI INI YANG ANTARA LAINYA BERTUJUAN MENYATUKAN JALINAN UKHWAH DI ANTARA KITA PENJAWAT KESEDAR DAN MAJLIS INI JUGA SELARAS DENGAN AMANAT TAHUN BARU YANG DILAKSANAKAN DI PERINGKAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB. DATUK SERI RINA MOHD HARUN, MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR PADA 19 JANUARI 2019 YANG LEPAS.

FOKUS 40 TAHUN

PARA HADIRIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA KASIHI SEKALIAN,

ALHAMDULILLAH, KITA BAHARU SAHAJA MELEPASI TAHUN 2018 YANG MERUPAKAN TAHUN YANG PENUH BERSEJARAH DIMANA NEGARA KITA PADA HARI INI DIPERINTAH OLEH KERAJAAN BAHARU YANG TELAH DIPILIH RAKYAT SECARA DEMOKRASI. LEMBARAN 2018 KITA TUTUP DENGAN PENUH RASA KESYUKURAN ATAS KEJAYAAN YANG TELAH KITA KECAPI DAN DI TAHUN 2018 JUGALAH KESEDAR MENCAPAI 40 TAHUN PENUBUHANNYA SEJAK DIWARTAKAN PADA 2 MAC 2018 MELALUI AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN 1978 (AKTA 203). SECARA DASARNYA, KESEDAR DIPERTANGGUNGJAWABKAN MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN 1.234 JUTA HEKTAR @ 83% DARIPADA KELUASAN NEGERI KELANTAN.

MENGAMBIL KESEMPATAN INI, INGIN SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2019. SEMOGA TAHUN INI AKAN MENJADIKAN KESEDAR LEBIH BERTAMBAHBAIK DALAM MERANCANG DAN MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAIMANA ESPEKTASI STAKEHOLDERS DAN KUMPULAN SASAR.

SEPANJANG 40 TAHUN INI, BANYAK KEJAYAAN YANG DIKECAPI SAMA ADA DARI SEGI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI PENDUDUKNYA, PEMBANGUNAN FIZIKALNYA ATAU PUN MODAL INSAN. KESEDAR TELAH MELAKSANAKAN LEBIH DARI 362 SUB PROJEK-PROJEK FIZIKAL DAN LEBIH DARI 400 PROGRAM/AKTIVITI NON-FIZIKAL PADA TAHUN 2018 SEKALIGUS TELAH MEMBERI MANAFAAT KEPADA LEBIH 300,000 ORANG PENDUDUK.

IMPAK PEMBANGUNAN DI WILAYAH KELANTAN SELATAN SEJAK 40 TAHUN YANG LALU, SAMADA IMPAK FIZIKAL, SOSIAL DAN EKONOMI TERCATIT SABAN TAHUN DI LAPORAN-LAPORAN TAHUNAN SEBELUM INI. KEJAYAAN KESEDAR MENAMBAH INDIKATOR PEMBANGUNAN SEBELUM INI MENJADI SEJARAH YANG INDAH UNTUK DIHARGAI. SEMUA ITU TERHASIL DARI GERAK KERJA WARGA KESEDAR DARI SEMUA HIERAKI DAN KEMAHIRAN. UNTUK ITU SAYA MENGAJAK SEMUA WARGA KESEDAR MENGHARGAI PENAT LELAH KITA SECARA BERSAMA SELAMA 40 TAHUN YANG LALU

DI AWAL PENUBUHANNYA, KESEDAR BANYAK MEMBERI FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN DAN PEMBUKAAN TANAH-TANAH BAHARU SEPERTI PEMBUKAAN KAWASAN-KAWASAN RANCANGAN KEMAJUAN TANAH (RKT), PENGAMBILALIHAN RANCANGAN PEMULIHAN TANAH ( RPT) DARIPADA KERAJAAN NEGERI, PEMBANGUNAN BANDAR GUA MUSANG SERTA JALAN-JALAN PERHUBUNGAN UTAMA.

MANAKALA TAHUN 1991 SEHINGGA TAHUN 2000, FOKUS PEMBANGUNAN INI BERALIH KEPADA PEMBANGUNAN KEMUDAHAN ASAS DAN AWAM TERUTAMANYA DI 549 PENEMPATAN YANG ADA DI WILAYAH KELANTAN SELATAN.

DALAM TEMPOH 2001 HINGGA 2010 PULA, KESEDAR MEMBERI FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN SUPAYA INDEKS KEMISKINAN DI WILAYAH KELANTAN SELATAN DAPAT DIMINIMAKAN DAN KITARAN KEMISKINAN DAPAT DIHAPUSKAN SETERUSNYA MENINGKATKAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT.

SESUAI DENGAN HASRAT KERAJAAN MEWUJUDKAN NEGARA MAJU MENJELANG 2020, KESEDAR TURUT MEMBERI FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI BERIMPAK TINGGI YANG MULA DIUSAHAKAN SEJAK 2011. ANTARA PROGRAM YANG DILAKSANAKAN ADALAH PROGRAM TANAM SEMULA LADANG RKT KESEDAR, PEMBANGUNAN-PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN, PEMBANGUNAN KOLEJ POLYTECH MARA-KESEDAR, PEMBANGUNAN PERUMAHAN MAMPU MILIK DAN JUGA PEMERKASAAN MODAL INSAN.

PENCAPAIAN 2018.

DALAM TAHUN 2018, KESEDAR TELAH DILULUSKAN SEJUMLAH RM115.9 JUTA DIMANA RM61.0 JUTA ADALAH PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN RM54.9 JUTA ADALAH PERUNTUKKAN MENGURUS. ALHAMDULILLAH, KITA TELAH BERJAYA MENGGUNAKAN PERUNTUKAN YANG DIBERIKAN ITU DENGAN SEBAIKNYA DENGAN PRESTASI PERBELANJAAN KITA MENCAPAI 98.25% IAITU 97.7% BAGI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN, MANAKALA 99.0% BAGI PERUNTUKAN MENGURUS. KITA JUGA MENERIMA SEJUMLAH RM16.2 JUTA PERUNTUKAN AMANAH DAN TELAH PUN MEMBELANJA SEJUMLAH RM11.3 JUTA ATAU 70.2% BAGI TUJUAN PENINGKATAN PRASARANA DAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT.

ANTARA PROJEK-PROJEK YANG LAKSANAKAN DALAM TAHUN 2018 ADALAH PEMBANGUNAN LADANG RKT SELUAS 11,853 HEKTAR YANG MELIBATKAN 2,210 PENEROKA, JALAN PERHUBUNGAN DESA SEPANJANG 62.1 KM UNTUK KEMUDAHAN 6,300 PENDUDUK, JALAN PERTANIAN SEPANJANG 26.6 KM UNTUK KEMUDAHAN 1,880 PEKEBUN KECIL , UTILITI DESA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA 2,610 UNIT RUMAH, PROJEK-PROJEK KEMUDAHAN AWAM KEPADA 127 BUAH KAMPONG SERTA PROJEK-PROJEK KENDALIAN HARTANAH DAN JUGA MENYIAPKAN SEBUAH R&R DI KUALA BALAH YANG MANA MANFAATNYA AKAN DINIKMATI SEHINGGA 35,000 PENGGUNA.

PADA TAHUN 2018 JUGA KESEDAR TELAH DILULUSKAN DUA (2) PROJEK BARU IAITU:-

  1. AGRO DESA KESEDAR SEBANYAK RM1.5 JUTA YANG MANA PROJEK INI MELIBATKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BELIA DAN BELIAWANIS DI TANAH TINGGI LOJING SEHINGGA KINI STATUS PROJEK DALAM PROSES PENGAMBILAN BALIK TANAH SELUAS 130 EKAR.
  2. INTEGPRENEUR BELIA YANG DILULUSKAN SEJUMLAH RM2 JUTA YANG MANA PROJEK BERKONSEPKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BELIA DAN BELIAWANIS SECARA BERKELOMPOK DALAM KLUSTER PERNIAGAAN YANG DIKENALPASTI BERDAYA MAJU DAN KESEDAR TELAH BERJAYA MEMBENTUK 8 KLUSTER PROJEK DENGAN 56 PESERTA BERBANDING SASARAN AWAL 3 KLUSTER PROJEK DENGAN 20 PESERTA.

SELAIN DARI ITU, INISIATIF-INISIATIF BAHARU 2019 YANG DIPERKENALKAN OLEH KPLB PERLU DIAMBIL PELUANG OLEH KESEDAR TERUTAMANYA DI BAWAH PROGRAM DESA HARAPAN DENGAN KOLABORASI DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA BAGI MEMBANGUNKAN KAMPUNG-KAMPUNG DI WILAYAH KELANTAN SELATAN YANG TERPILIH.

KESEDAR JUGA TELAH MELAKSANAKAN LANGKAH SEMAKAN, PENYUSUNAN DAN PENSTRUKTURAN SEMULA PADA SEMUA PERINGKAT PENTADBIRAN TERMASUK SYARIKAT-SYARIKAT SUBSIDIARI BAGI MEMPASTIKAN SISTEM PENYAMPAIAN KESEDAR DI PERTINGKATKAN DAN TADBIR URUS YANG KEMAS UNTUK MASA DEPAN MASYARAKAT KELANTAN SELATAN.

SEBAGAI PENGERUSI, SAYA INGIN MELIHAT KESEDAR BUKAN SAHAJA AGENSI YANG MAMPU BERPERANAN MENGIKUT AKTA 203, TETAPI JUGA SEBAGAI AGENSI YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG MELAKSANAKAN DASAR, OBJEKTIF DAN STRATEGI PEMBANGUNAN YANG DIPUTUSKAN OLEH KERAJAAN PUSAT. DISAMPING ITU KESEDAR JUGA DAPAT BERPERANAN SEBAGAI AGENSI CONTOH DALAM MENGURUS JABATAN KERAJAAN BERDASARKAN GARIS PANDUAN-GARIS PANDUAN URUS TADBIR JABATAN KERAJAAN.

ELEMEN YANG AMAT PENTING DALAM MENGGERAKKAN SESUATU JENTERA KERAJAAN IALAH ELEMEN TENAGA KERJA. KEPENTINGAN TENAGA KERJA INI MENJADI TONGGAK KEPADA KECERGASAN DAN KECERDASAN PUTARAN KERJA SESUATU JABATAN. BUKAN ITU SAHAJA KE ATAS TENAGA KERJA INI JUGA TERLETAK NILAI-NILAI PERIBADI YANG BOLEH MEMBENTUK BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG. SEBAGAI PENJAWAT SEBUAH AGENSI YANG TELAH LAMA WUJUD, SAYA RASA SAUDARA SAUDARI LEBIH MAHIR UNTUK BERCAKAP MENGENAI BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG KERANA KERAJAAN TELAH MENAWARKAN ANUGERAH KHAS SEBAGAI MENGHARGAINYA. SETIAP TAHUN SEKURANG-KURANGNYA ADA DIKALANGAN SAUDARA SAUDARI MENDAPAT ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG. TIDAK MUSTAHIL JIKA SAYA KATAKAN MAJORITI DARI SAUDARA SAUDARI PERNAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH TERSEBUT.

Halaman: 1  2  3