Pensijilan Audit Bersih 2017 Pensijilan Audit Bersih 2017

Pada 31 Julai 2017, bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan telah diadakan sesi "Exit Conference" bagi membentangkan isu-isu yang dibangkitkan mengenai Penyata Kewangan KESEDAR tahun 2016.

Hasil daripada "Exit Conference" tersebut, KESEDAR telah berjaya mengekalkan rekod kecemerlangan dengan mendapat Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran. Kejayaan ini adalah buat kali yang keenam berturut-turut sejak tahun 2011

Penyampaian Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran tersebut telah disempurnakan oleh, Encik Jesmani bin Yusof, Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan kepada Encik Iskandar Zurkarnain b. Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pengurusan). Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed, Pengurus Bahagian Kewangan KESEDAR, dan Encik Marzewan bin Mohamad, Akauntan serta warga kerja Bahagian Kewangan, KESEDAR.

 

audit   audit2

Klik disini untuk lihat gambar Pensijilan Audit 2017