Bantuan Bakul Makanan oleh KESEDAR Kepada Mangsa Banjir

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Wilayah Gua Musang (WGM) mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 180 penduduk dari empat kawasan perkampungan di daerah ini.

Bantuan yang berjumlah RM9,000 secara keseluruhan itu merupakan agihan bantuan banjir kepada penduduk yang terkesan akibat bencana tersebut.

Kawasan yang terlibat adalah Kampung Limau Kasturi, Kampung Bertam, Kampung Mela dan Kampung Kuala Sungai.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Wilayah Gua Musang, Mohd Ramadhan Sulaiman dan diagihkan secara hantaran rumah ke rumah.

Agihan ini juga turut mendapat kerjasama dari ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Azmawi Fikri Abd Ghani.

Bantuan Bakul Makanan oleh KESEDAR Kepada Mangsa Banjir   Bantuan Bakul Makanan oleh KESEDAR Kepada Mangsa Banjir

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Bantuan Bakul Makanan oleh KESEDAR Kepada Mangsa Banjir