Berita Berita

«Kembali

Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pemberian

4 Mac 2017, bertempat di kg Manjor, Kuala Krai, telah berlangsung satu Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pemberian yang musnah oleh banjir besar tahun 2014. Jambatan sementara telah dibina sebelum ini bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti seharian tetapi juga turut musnah oleh banjir baru-baru ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub. Turut hadir ke majlis ini, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Dato’ Ramzi bin Ab Rahman, Pengurus Besar KESEDAR, Ybhg Dato’ Haji Fazam bin Mat Lazim dan Pengarah Unit JKR KESEDAR, En. Mohd Suhaili bin Ismail. Gimik perasmian dilaksanakan oleh YB Timbalan Menteri KKLW dengan menaiki jengkaut sambil memecah tanah. Majlis ini dihadiri hampir 800 orang dan berakhir jam 5.00 petang.

 

Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pemberian   Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pemberian

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pemberian.