Berita Berita

«Kembali

Program Xpresi 3K

Gua Musang 13 April 2017, bertempat di Dataran Q Ibu Pejabat KESEDAR, telah berlangsung satu program Xpresi anjuran Kelab Keluarga KESEDAR (3K). Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat penjawat dalam pertandingan karaoke dan Teh tarik serta kreativiti penjawat dalam menghiasi kek dan gubahan sirih junjung.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi melibatkan seluruh wakil dari ibu pejabat, Pejabat Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuala Krai dan Wilayah Jeli. Pengurus Besar KESEDAR, Dato' Hj Fazam sempat meluangkan masa bersama penjawat bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.Majlis yang berakhir jam 12.30 tengah hari ini telah meninggalkan memori indah bagi semua penjawat yang terlibat selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama penjawat.

 

Xpresi 3K   Xpresi 3K

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Program Xpresi 3K.