Jom Kacau Bubur Asyura Jom Kacau Bubur Asyura

Bulan Muharram adalah bulan istimewa bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Sebagai bulan pertama tahun Hijriyah, Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman di masa hadapan. Kebanyakan umat Islam juga seikhlas hati bersama-sama melakukan kebaikan dan sedekah pada bulan ini. Dalam bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain ‘Bubur Assyura' sinonim dengan bulan Muharram ini.

23 September 2019, kakitangan KESEDAR telah bergotong royong membuat dan mengacau bubur as-syura sebanyak 20 kawah yang bertempat di perkarangan Ibu Pejabat KESEDAR. Setiap tahun menjadi rutin Kelab Keluarga KESEDAR (3K) menganjurkan program seperti ini. Aktiviti memasak Bubur Asyura ini bermula pada jam 3.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga KESEDAR. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat kepada golongan muda.

 

bubur asyura1   bubur asyura 2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Program Jom Kacau Bubur Asyura