Ceramah Agama Ceramah Agama

19 April 2018, bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR telah berlangsung satu majlis agama sempena menyambut kedatangan bulan Syaaban. Ceramah yang bertajuk “Pintu-pintu Syurga” ini telah disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Mhd Mohib Khouli bin Nazem.

Antara intipati dalam syarahan beliau adalah:

i)             Allah membuka banyak jalan ke syurga kepada manusia yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada NYA.

ii)            Cara untuk mendapatkan hati yang bersih dan sentiasa tenang adalah dengan membaca al-Quran, mendirikan solat serta   sentiasa menderma.

iii)           Sentiasa menjaga silaturrahim agar dipermudahkan rezeki oleh Allah S.W.T

iv)           Allah sediakan 8 pintu syurga, dan setiap pintu syurga Allah telah tetapkan syarat-syaratnya.

  ceramah agama

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Ceramah Agama