Dari Meja Pengurus Besar Dari Meja Pengurus Besar

Kementerian Pembangunan Luar Bandar    Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Dari Meja Pengurus Besar

YABrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim
 

Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu'alaikum w.b.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Semua kita inginkan kejayaan. Mungkin kerana itu juga kita mengharapkan PKPB ditamatkan segera. Kita hendak segera masuk ke pejabat dan meneruskan usaha-usaha murni kita setiap hari bagi memajukan Kawasan Kelantan Selatan dengan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial yang telah kita rancang sejak awal tahun.

Jangan sedih jika selama tempoh PKP yang bermula dari 18 Mac 2020 lagi, tuan/puan diarahkan bekerja dari rumah (WFH) sahaja. Hampir dua (2) bulan tuan/puan tidak menjejakkan kaki ke pejabat. Kita diarah mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Patuhi arahan PKP, jaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing. Tahniah kepada semua. Kita berjaya mendisiplinkan diri kita dan terus berusaha mengamalkan normal baharu untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Walaupun Kawasan Kelantan Selatan dan Negeri Kelantan keseluruhannya dikategorikan sebagai kawasan hijau dari penularan wabak COVID-19, kita tetap perlu berwaspada dan berhati-hati. Elakkan tempat yang sesak. Amalkan penjarakan sosial. Pakai penutup mulut dan hidung. Sentiasa basuh tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer dan yang utama, kekal di rumah dan keluar rumah hanya jika perlu.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020 hingga 12 Mei 2020, telah disambung sehingga 9 Jun 2020. Justeru itu, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan pada masa ini kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020. Ini termasuklah peraturan-peraturan, SOP-SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM serta SOP-SOP dalaman KESEDAR ysng dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kita sedari tuan/puan telah tidak sabar untuk datang bekerja di pejabat secara lebih kerap. Bersabarlah. In Shaa Allah dalam masa terdekat ini kita boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita dengan lebih konsisten di pejabat masing-masing. Kita telah mulai datang ke pejabat pada 4 Mei 2020, namun ianya tidak melebihi 25% daripada bilangan warga kerja pada setiap hari/setiap masa.

Sehubungan dengan itu, kita akan tambahbaik, Garis Panduan Normal Baharu Budaya Kerja KESEDAR yang berkuatkuasa pada 4 Mei 2020 para 3 (ii) mengenai menyusun keperluan sumber manusia di bilangan d) kita akan memberikan kelonggaran mulai 26 Mei 2020, selepas Cuti Hari Raya Puasa @ Aidilfitri 1441 Hijrah. Kelonggaran yang dimaksudkan ialah sebilangan anggota yang perlu bekerja di pejabat secara selang-seli atau every alternate days ialah 50% bekerja dari rumah (WFH) dan 50% lagi bekerja di pejabat. Ini bermakna mulai 26 Mei 2020, bilangan pegawai-pegawai di Bahagian, Wilayah, Unit dan Anak-Anak Syarikat dibahagikan kepada 2 Team sahaja, iaitu Team 1 bekerja di pejabat pada tarikh-tarikh genap dan Team 2 bekerja di pejabat pada tarikh-tarikh ganjil. Pengurus-pengurus Bahagian, Wilayah, Unit dan Anak-Anak Syarikat dipohon untuk menyediakan jadual kerja secara penggiliran mengikut ketetapan baharu tersebut. Keadah penggiliran ini tidak menimbulkan masalah lagi kerana mereka yang terkandas di kampung-kampung halaman telah boleh datang bekerja di pejabat masing-masing.

Ramai dikalangan tuan/puan mungkin tidak bersetuju dengan kaedah bekerja secara alternate days ini kerana mengharapkan untuk dapat bekerja sepenuhnya di pejabat sebagaimana hari-hari sebelum PKP. Kita berjanji untuk tambahbaik selepas PKPB berakhir.

Virus COVID-19 ini tidak nampak dan kita tidak tahu di mana ia berada. Kita kena terus kekal berusaha mematuhi semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB. Sebarang perubahan mengenai peraturan dan SOP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Bila keadaan kembali pulih tuan/puan boleh datang setiap hari ke pejabat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tuan/puan. Dijangka pandemik ini bertambah baik mulai separuh kedua tahun 2020. In Shaa Allah.

Sekian, terima kasih.

Selamat berpuasa.

Selamat Hari Raya