Program Pembangunan Ekonomi & Pelaburan
Aktiviti Utama :
Pembangunan Usahawan
Pembangunan Tapak Industri
Pembangunan Korporat
Pengilangan dan Pemasaran
Pertanian Komersial/Pengurusan Harta
Perkhidmatan Hospitaliti
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan 150 orang usahawan yang berjaya, membangunkan tapak industri bagi menarik pelaburan serta memajukan tiga buah anak syarikat milik penuh KESEDAR.
Usaha menarik pelaburan telah dimulakan pada tahun 1990 lagi dimana KESEDAR telah menyediakan 161 lot industri (110 hektar) yang berasaskan kayu di bandar Gua Musang. Sejumlah 9 buah kilang telah beroperasi.
Bagi membantu usahawan di Kelantan Selatan, KESEDAR telah menganjurkan kursus-kursus mengenai perniagaan, perakaunan dan keusahawanan, latihan kemahiran serta lawatan ke perusahaan yang berjaya di negara ini. KESEDAR juga menyediakan 5 unit kilang bimbingan bagi memberi peluang kepada usahawan menggunakan premis tersebut untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kapasiti dan produktiviti.