Bahagian Ekonomi & Pelaburan
Visi
Meningkatkkan pendapatan penduduk kawasan Kelantan Selatan menerang kegiatan ekonomi yang terancang dan tersusun agar memenuhi matlamat pembangunan ekonomi negara.
Misi
Menjadikan Kelantan Selatan sebagai kawasan dan menjanjikan peluang terbaik untuk kegiatan ekonomi.
Objektif
KESEDAR menjadi kebanggaan negeri dan negara dengan penduduk yang makmur dan Kelantan Selatan menjadi pusat perindustrian, perdagangan dan pelancongan kebanggaan bangsa.
Aktiviti
Menyediakan perancangan mikro program pembangunan ekonomi, industri dan keusahawanan kumpulan sasar dengan tumpuan kepada usahawan kecil dan baru;
Menyedia dan memantau pelaksanaan program di atas;
Merancang, mengurus dan melaksana program-program peningkatan aktiviti pelancongan di kawasan KESEDAR;
Menyedia perancangan serta menyelia dan memantau pelaksanaan program ekonomi bagi peningkatan pendapatan kumpulan sasar bagi kategori miskin dan mudah miskin;
Merancang dan melaksana aktiviti penyediaan infrasrtuktur industri, perniagaan dan perdagangan;
Bertanggungjawab terhadap semua urusan berkaitan Industri Luar Bandar (ILB), Industri Kecil dan Sederhana (IKS);
Merancang dan melaksana program promosi produk keluaran pengusaha WKS serta mengatur strategi dan program pengembangan dan pemasaran;
Mengenalpasti dan merancang program-program pelaburan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, perniagaan dan perdagangan di dalam WKS termasuk mengawal selia anak-anak syarikat KESEDAR dan Program biaya diri.