TASIK PERGAU – Jeli
Jika Perak terkenal kerana keindahan Pula Banding dan tasiknya, Kelantan pula mempunyai Tasik Pergau yang memberikan pelbagai kelebihan kepada pencinta alam semulajadi.
Selain koleksi flora dan fauna yang banyak di kedua-dua tempat itu, persamaan lain adalah dua tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Temenggor dan Pergau.
Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini.
Kecantikan alam semulajadi tasik ini, sentiasa menggamit pengunjung dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand, dan juga negara Eropah dan Jepun.
Suasana tenang dan aman di Tasik Pergau menggoda pengunjung untuk menghabiskan percutian di sini, dan terdapat laporan bahawa tasik ini menjadi tempat persinggahan tahunan bagi ramai pelancongan asing.
LALUAN TIMUR BARAT
Pengunjung dari Perak ke Tasik Pergau boleh menggunakan laluan Timur-Barat dari Gerik ke Jeli, sementara pengunjung dari Kota Bharu boleh ke Jeli untuk ke tasik ini.
Tidak sukar untuk ke jeti di Tasik Pergau ini, yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama. Kawasan ini turut dikenali sebagai Taman Lindungan Tasik Pergau, sebuah tasik 460 hektar yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.
Bagi peminat aktiviti memancing, Tasik Pergau mempunyai ikan air tawar seperti lampam , talapia dan toman. Di sepanjang tebing tasik pula, anda akan dapat melihat rusa yang datang ke tebing air untuk minum.
HUTAN HUJAN TERTUA DUNIA
Dikelilingi hutan hujan yang menghijau, dan dikatakan lebih tua daripada tasik Amazon, Brazil, tasik ini menawarkan sebuah pengalaman unik kepada pengunjung. Pada malam hari, suhu di Tasik Pergau mencecah sehingga 18 darjah Celsius, seperti suhu di Tanah Tinggi Cameron.
Penginapan di sini mencukupi kerana Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) membuka chalet untuk pengunjung yang ingin bermalam di sekitar kawasan tasik.
Dengan hanya RM 70, termasuk kos menaiki bot, setiap pengunjung dapat bermalam di tepi tasik. Malah, resort di sini turut menawarkan kemudahan bagi mereka yang ingin mengadakan seminar dan kursus.
Resort ini dapat menempatkan 100 penghuni pada satu-satu masa. Antara kemudahan yang disediakan oleh Kesedar adalah enam chalet terapung. Terdapat juga kemudahan surau, khemah, hostel, dewan makan dan bilik mandi.
Kecantikan Tasik Pergau juga sentiasa menggamit pengunjung dari negara jiran, Singapura dan Thailand dan negara lain seperti Eropah dan Jepun.
DAPUR MEMANGGANG IKAN
Pengurus resort, Che Zaaba Mat Lazim, berkata pengalaman memancing adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh penggemar aktiviti itu.
Dapur turut disediakan di setiap chalet, dan pemancing dapat memanggang ikan mereka tangkap.
“Resort turut mempunyai khidmat tukang masak, selain pengunjung sendiri menyediakan makanan mereka,” katanya.
Che Zaaba turut menasihatkan pengunjung membawa sendiri bekalan makanan sepanjang mereka berada di resort itu.
“Mereka juga boleh meminta khidmat tukang masak, tetapi mereka perlu membayar caj tambahan,”katanya.
Dia berkata resort itu turut menjual ikan segar kepada pengunjung. Ikan tersebut diternak dalam sangkar di tasik.
TREK HUTAN
Mereka yang berminat untuk melihat flora dan fauna di Tasik Pergau, resort Kesedar turut mengadakan program trek hutan untuk mereka, kata Che Zaaba.
Sementara itu, seorang pengunjung dari Singapura Stephen Tan, berkata dia dan keluarganya telah ke tasik itu sebanyak empat kali.
“Selain Tasik Banding, Tasik Pergau juga menjadi pilihan kami kerana tasik ini suatu tempat yang sesuai untuk kami merehatkan diri,”katanya kepada Bernama di resort tersebut.
Ditanya tentang Tasik Pergau, Stephen berkata dia mengetahui tentang tasik itu setelah melayari laman web Kesedar http://www.kesedar.gov.my/.
Pelancong yang ingin melawat Tasik Pergau boleh membuat tempahan di pejabat KESEDAR Wilayahi Jeli di talian 09-944 0281 atau faks kepada 09-944 1388.
Che Zaaba juga boleh dihubungi di talian 019-929 1578 atau 014-6096023.
Untuk mempromosikan Tasik Pergau, sebuah syarikat swasta iaitu Pergau Agro Resort Sdn Bhd melabur sebanyak RM5 juta bagi memperkenalkan konsep bercuti di kawasan ladang tanaman herba dan buah-buahan sambil menikmati keindahan Tasik Pergau.
Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar itu yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan.
Bagi penggemar kaki pancing, di situlah “syurga” untuk menangkap spesis lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.
Di kelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, suatu yang lebih istimewa adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam.
Berada pada paras ketinggian 2,400 kaki dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan.