Program Industri Kotej Bersepadu (IKB) merupakan satu program pembangunan keusahawanan yang berkonsepkan mentor mentee untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dan peningkatan pendapatan peniaga-peniaga kecil yang menjalankan perniagaan secara individu dan kecilan yang berpendapatan RM1,000.00 ke bawah.
KRITERIA MENTOR
Kaedah pemilihan adalah perlu melalui kajian personaliti dan ujian psikometrik & tapisan diperingkat pengurusan dengan penilaian aspek-aspek berikut:
Bermotivasi tinggi
Berdaya saing dan berdaya maju
Mempunyai daya tarikan kepada mentee (karakter, keterampilan tertentu, pengalaman, nilai-nilai dan komitmen yang ditunjukkan, pengetahuan, kedudukan dan mempunyai minat yang sama)
Ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan
Berfikiran positif
Melepasi syarat-syarat lain seperti berikut:
Menetap dalam Wilayah KESEDAR.
Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau lebih
Mempunyai Penyata Untung Rugi Syarikat
Mempunyai lesen perniagaan /SSM/SKM
Mempunyai kenderaan sendiri
KRITERIA MENTEE
Kaedah pemilihan adalah melalui kajian personaliti dan ujian psikometrik & tapisan diperingkat pengurusan dengan penilaian aspek-aspek berikut:
sikapnya, serta potensi yang boleh digilap
Melepasi syarat-syarat lain seperti berikut:
Menetap dalam Wilayah KESEDAR.
Sedang menjalankan perniagaan
Mempunyai lesen perniagaan /SSM/SKM (jika ada)
Mempunyai kenderaan sendiri
*Mentor mestilah mempunyai mentee yang mengusahakan perniagaan dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaan mentor.