Program Integpreneur Belia KESEDAR merupakan satu program pembangunan keusahawanan yang berkonsepkan perniagaan secara berkelompok bagi meningkatkan pendapatan. Pemilihan kluster-kluster bagi penyertaan Program ini yang merangkumi pelbagai seperti kluster seperti jahitan, makanan dan minuman, bengkel automotif, pertanian, penternakan dan gaya hidup.
KRITERIA & SYARAT
Kaedah pemilihan adalah perlu melalui kajian personaliti, ujian psikometrik & tapisan diperingkat pengurusan dengan penilaian aspek-aspek berikut:
Bermotivasi tinggi
Berdaya saing dan berdaya maju
Mempunyai Ilmu dan pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang diceburi
Berfikiran positif
Melepasi syarat-syarat lain seperti berikut:
Menetap dalam Wilayah KESEDAR (Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai).
Berumur antara 23-45 tahun
Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau lebih