Gua Ikan Gua Ikan

Gua Ikan – Kuala Krai

Lokasi
Terletak di Kampung Slow Pak Long kira-kira 95 km dari Bandar Kuala Krai dan 7 km dari Pekan Dabong. Perjalanan dengan kereta mengambil masa lebih kurang 30 minit menghala ke Gua Musang melalui Jalan Persekutuan 8 dan akan menemui satu simpang ke Dabong. Dari simpang tersebut, menghala ke Dabong kira-kira 40 km ke hadapan akan menemui pintu masuk ke tarikan di sebelah kiri.
 
Pengangkutan Awam
Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi ke Gua Ikan. Teksi boleh diperolehi di Bandar Kuala Krai dengan tambang RM 60.

Tarikan
Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kuala Krai. Terdapat gua-gua yang menarik di dalam Bukit Batu Kapor yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.

 Gua Ikan

 

Gua Ikan

 

Gua Ikan