Gua Musang Gua Musang

Peta Wilayah Gua Musang

Peta Wilayah Gua Musang

<<Sila Klik peta ini untuk paparan yang lebih jelas>>


Latar Belakang Wilayah Gua Musang

Sekilas lalu mengenai pengujudan Pejabat Wilayah Gua Musang adalah terlahir sejajar dengan pengstrukturan KESEDAR yang telah disusun semula pada tahun 1997 melalui kaedah disentralisasi. Berikut itu, lahirlah tiga pejabat Wilayah iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli/ Tanah Merah.

Pihak Pengurusan KESEDAR telah menempatkan seorang Pegawai Kanan pada setiap Wilayah bagi memastikan Fungsi dan Objektif KESEDAR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta meninggalkan impak, imej dan penangan yang bersifat mahmudah.

Liputan kawasan Pembangunan Wilayah Gua Musang pada asalnya merangkumi seluruh Kawasan Gua Musang - kecuali dikawasan penempatan yang dibangunkan Felda. Walaubagaimanapun setelah Bahagian Pembangunan Pertanian diwujudkan di KESEDAR kawasan-kawasan penempatan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT KESEDAR) dikawal selia oleh Bahagian Pembangunan Pertanian.

Justeru kawasan operasi Wilayah Gua Musang ialah keseluruhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Galas, sebahagian daripada DUN Nenggiri dan sebahagian DUN Paloh. Ia dilengkapi dengan dua pejabat Operasi iaitu Pejabat Operasi Sungai Terah dan Pejabat Operasi Limau Kasturi sebagai sayap pelaksana operasi diperingkat akar umbi.

Kawasan operasi Wilayah Gua Musang merangkumi seluas 797,976 hektar dengan maklumat asas seperti berikut :

 

Bil

Perkara

Bil/ Jumlah

1.

JKKKP (Termasuk Kawasan RKT)

23

2.

Kg. Tradisional

99

3.

Rancangan Pemulihan Tanah (RPT

2

4.

Pusat Pertumbuhan

1

5.

Perkampungan Orang Asli

14

6.

Rancangan Penempatan Semula (RPS)

3

7.

Bandar Utama

2

8.

Dewan Undangan Negeri (DUN)

3

9.

Parlimen

1

 

Halaman: 1  2