SAMBUTAN HARI RAYA KUALA KRAI SAMBUTAN HARI RAYA KUALA KRAI

Kedatangan Syawal sememangnya dinantikan dengan penuh sabar dan teruja oleh seluruh rakyat Malaysia. Hal ini kerana kebiasaanya masyarakat kita akan menyambut dan meraikan Aidilfitri dengan penuh meriah sebagai antara perayaan utama tanpa mengira agama dan bangsa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi platform terbaik dalam menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi dahulu hingga ke hari ini

Pada 23 Jun 2019 bertempat di Dewan Utama pejabat KESEDAR Wilayah Kuala Krai telah berlangsung Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019M/1440H peringkat KESEDAR Wilayah Kuala Krai. Majlis sambutan hari raya kali ini disambut secara sederhana tetapi cukup meriah dengan kedatangan tetamu dari sekitar Wilayah ini.  

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi itu, dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi KESEDAR, YBhg. Dato' Sazmi Bin Miah, Pengurus Besar KESEDAR, YBrs. En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, pegawai-pegawai kanan KESEDAR dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan tempatan

Pada majlis raya kali ini, pelbagai juadah dihidangkan bagi santapan para tetamu yang hadir. Menu istimewa turut dihidangkan adalah kambing golek dan aiskrim. Diharap pada tahun-tahun akan datang, majlis seperti ini akan terus disambut bagi mengeratkan lagi silaturahim antara pihak pengurusan KESEDAR dan masyarakat setempat. Majlis berakhir jam 3.00 petang.

 

raya   raya

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Sanbutan Hari Raya di Kuala Krai