Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kembali ke Halaman Penuh

8 Januari 2018, bertempat bertempat di Ball Room, Hotel Premiera, Kuala Lumpur telah berlangsung satu Seminar Pemukiman Pegawai-Pegawai KESEDAR kali ke 4. Seramai 250 kakitangan telah menghadiri seminar yang terdiri daripada pegawai pengurusan professional, kumpulan sokongan 1 dan 2. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk Tujuan seminar ini diadakan bagi melengkapkan pengetahuan berkenaan Undang-Undang Malaysia (Perlembagaan Persekutuan) yang sepatutnya perlu difahami oleh semua rakyat Malasia amnya dan penjawat awam khususnya.

Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Anuar bin Mat Zain daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), seterusnya ceramah yang kedua disampaikan oleh Ybhg. Dr. Idris bin Haji Abdul Hamid dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.Dalam ucaptamanya, beliau berharap, semua penjawat awam akan terus komited dalam perkhidmatan serta terus menyokong kerajaan bagi pembangunan yang akan datang. Yb menteri juga turut menyempurnakan perasmian seminar ini. Turut hadir dalam majlis ini, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar KKLW, Ybhg Hajjah Norison bt Ramli, Setiausaha Bahagian Kanan Khidmat Pengurusan, SUB Bahagian Perancangan Strategik, Pengurus Besar KESEDAR, YABrs. En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, CEO Anak Syarikat dan Pegawai-pegawai kanan KESEDAR. Majlis berakhir jam 5.00 petang.

 

seminar pemukiman   seminar pemukiman

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Seminar Pemukiman Pegawai-pegawai KESEDAR