Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kembali ke Halaman Penuh

Bertempat di Dewan Pusat Sivik, Gua Musang pada 22 Januari 2018, telah berlangsung satu majlis Penyerahan Watikah Gerak Kerja 2018. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar KESEDAR yang baru, YABrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar (D), Hj. Othman bin Ismail serta Pegawai-Pegawai Kanan KESEDAR. Seramai 450 telah orang penjawat KESEDAR telah hadir untuk menjayakan majlis ini.

Majlis dimulakan dengan persembahan oleh Kumpulan Kior KESEDAR yang dibimbing oleh En. Wan Afzainizam bin Wan Ab Latif. Seterusnya persembahan Dikir Barat Oleh Kumpulan Suara KESEDAR serta persembahan multimedia tentang aktiviti KESEDAR bagi tahun 2017 dan januari 2018

YABrs En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR, dalam ucaptamanya, beliau melahirkan rasa bangga dengan penjawat KESEDAR kerana memberi komitmen yang penuh dalam usaha untuk mencapai KPI KESEDAR tahun 2017. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Kior KESEDAR kerana mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Kior Peringkat kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau juga menyatakan penetapan KPI 2018 adalah realistik dan mampu dicapai oleh pengurusan KESEDAR.

Majlis juga turut menyaksikan penyerahan watikah gerak kerja 2018 oleh semua pengurus bahagian, pengurus wilayah dan CEO KESEDAR Holding kepada Pengurus Besar sambil disaksikan oleh Timbalan Pengurus Besar (D). Majlis juga turut menyampaikan cenderahati kepada pesara-pesara KESEDAR serta turut menyampaian beberapa anugerah antaranya adalah Anugerah Pengurusan KESEDAR, Sijil Pengiktirafan – Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan Negeri Kelantan 2017, sijil audit bersih dan sijil penghargaan bagi Pertandingan Kior semepena Hari Inovasi KKLW. Majlis berkahir dengan pelancaran logo ‘Kits’ Sukarelawan Cakna @ KESEDAR jam 12.00 tengahari.

watikah   watikah

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Penyerahan Watikah Gerak Kerja 2018