Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kembali ke Halaman Penuh

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Pihak pengurusan KESEDAR juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari sukan Negara ini. Pada 14 Oktober 2018, bertempat di Dataran Q KESEDAR, seramai 250 orang penjawat di Ibu Pejabat KESEDAR telah menyertai sambutan ini. Program di mulakan dengan Senaman aerobik dan di ikuti dengan berjalan 1000 langkah. Turut hadir dalam program ini ialah Pengurus Besar KESEDAR, En.Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Haji Othman Bin Ismail. Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

 

Hari Sukan Negara 2018 Peringkat KESEDAR   Hari Sukan Negara 2018 Peringkat KESEDAR

Klik disini untuk lihat gambar Hari Sukan Negara 2018 Peringkat KESEDAR