Ikrar Bebas Rasuah KESEDAR Ikrar Bebas Rasuah KESEDAR

01 April 2018: Bertempat di Pejabat KESEDAR Wilayah Kuala Krai telah berlangsung satu majlis “Ikrar Bebas Rasuah” antara Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi KESEDAR YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR merangkap ADUN Kuala Balah, YB. Dato' Ramzi Ab. Rahman (ADUN Dabong), Timbalan Pengarah SPRM Negeri Kelantan En. Rostam bin Abu Hassan, En.Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR, Hj Othman bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), pegawai kanan KESEDAR serta penjawat KESEDAR.

Majlis dirasmikan oleh YB. Dato' Ramzi Ab. Rahman,di ikuti dengan menandatangani ikrar bebas rasuah oleh Pengurus Besar KESEDAR, CEO Holding KESEDAR, Pengurus-pengurus Anak Syarikat KESEDAR bersama Timbalan Timbalan Pengarah SPRM disaksikan oleh semua ahli dalam majlis tersebut. Majlis berakhir jam 12.00 tengah hari.

 

ikrar 1   ikrar 2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Ikrar Rasuah KESEDAR