Utility Utiliti Laman
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
<a href="">Kesedar Banner</a>
Pengenalan

TABUNG PINJAMAN KEUSAHAWANAN KESEDAR


Dalam usaha KESEDAR menggalakkan pertumbuhan Industri Kecil Luar Bandar yang maju serta berdaya saing, beberapa jenis skim bantuan telah disediakan. Pinjaman ini telah dimulakan sejak tahun 1983. Skim yang dipanggil Skim Pinjaman Tabung Ekonomi Peneroka/Penduduk (TEKP) adalah pinjaman yang disediakan kepada penduduk Kelantan Selatan untuk meningkatkan pendapatan melalui kegiatan perniagaan. Pinjaman TEKP ini boleh dibuat secara individu atau koperasi bagi membiayai modal pusingan perniagaan. Jumlah pembiayaan yang boleh diperolehi daripada skim ini adalah sehingga RM5,000. Sehingga Ogos 2005, seramai 213 orang pengusaha telah mendapat kemudahan daripada skim ini iaitu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM816,461.


Selain itu, KESEDAR dengan kerjasama Bank Pertanian Malaysia (BPM) juga telah memperkenalkan dua lagi skim bantuan pinjaman pada tahun 1995 iaitu Skim Bantuan Pinjaman Industri Luar Bandar (ILB) dan Skim Bantuan Pinjaman Ekonomi Sampingan (ES). Kedua-dua skim ini adalah berkonsepkan 30% geran dan 70% pinjaman dengan kadar faedah 3.5% berasaskan baki pinjaman.


Bagi Skim Bantuan Pinjaman ILB, ia dikhususkan kepada pembiayaan mesin dan kelengkapan untuk menjalankan projek industri luar bandar. Pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan menerima jumlah pembiayaan antara RM5000-RM20,000. Sehingga kini, seramai 113 orang telah mendapat kemudahan pembiayaan dengan peruntukan sebanyak RM1,634,668.


Sementara itu, bagi Skim Bantuan Pinjaman ES, ia adalah bagi membiayai projek-projek pertanian jangka pendek (termasuk ternakan). Pemohon yang layak ditetapkan akan menerima pembiayaan antara RM10,000 hingga RM50,000. Seramai 81 orang pengusaha dengan peruntukan sebanyak RM1,639,913 telah dibiayai sehingga Ogos 2005.


Disamping bantuan pinjaman yang disediakan, KESEDAR juga banyak menyediakan kemudahan-kemudahan lain dalam memajukan kegiatan ekonomi di Kelantan Selatan. Kemudahan-kemudahan lain ini termasuklah pelbagai kursus yang dianjurkan (pemasaran, pembungkusan, pembuatan, pengurusan kewangan dll.) dan penyertaan serta penganjuran ekspo bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan pengusaha-pengusaha.


Terkini, KESEDAR juga menyediakan kilang bimbingan bagi melatih pengusaha menceburi bidang pembuatan dengan menggunakan mesin-mesin yang lengkap dan di dalam premis kilang yang diluluskan pihak berkuasa.


Pengusaha-pengusaha yang berminat dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak KESEDAR boleh menghubungi pejabat-pejabat operasi KESEDAR yang terdekat ataupun hubungi :
 

Bahagian Pembangunan Ekonomi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR 18300, Bandar Baru Gua Musang Kelantan
No. Tel. : 09-9121788
No. Faks : 09-9121211

 

PAUTAN PANTAS
KALENDAR
18 Mei 2012
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa