Kemudahan-Kemudahan
Program kemudahan-kemudahan menyediakan peruntukan bagi melaksanakan projek-projek kecil yang tidak disenaraikan dalam bajet semasa bernilai tidak melebihi RM20,000.00. Antara jenis-jenis projek yang dilaksanakan di bawah program ini adalah pembaikian kecil kemudahan asas dan infrastruktur, bantuan warga emas, majlis sambutan hari-hari perayaan, bantuan bencana dan majlis kemasyarakatan. Pertimbangan terhadap permohonan daripada pertubuhan atau penduduk akan dibuat dengan mengambil kira keperluan mendesak dan impak kepada penduduk setempat. Untuk tahun 2009 program ini telah diluluskan peruntukan berjumlah RM150,000.00.
Pencapaian
Berakhir 31 Disember 2009, perbelanjaan sebanyak RM150,000.00 (100%) telah dibuat melibatkan 24 projek dan memberi faedah kepada 4,000 orang penduduk. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembaikan kemudahan asas di bawah program ini memberi impak segera kepada pihak yang terlibat.