Jalinan Kasih Aidilfitri KESEDAR 2017 Jalinan Kasih Aidilfitri KESEDAR 2017

24 Julai 2017-  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KESEDAR tahun ini disambut meriah oleh warga KESEDAR dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Majlis yang dinamakan Jalinan Kasih Aidilfitri KESEDAR diadakan adalah untuk  mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dengan kumpulan sasar untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri..

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi KESEDAR YB. Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain. Seramai 100 orang penerima sumbangan yang diraikan dalam majlis ini, terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.i) Mesti memperbanyakkan amalan-amalan untuk mengumpul pahala dari Allah S.W.T

Usaha KESEDAR mengadakan majlis seperti ini adalah wajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara semua kakitangan serta kumpulan sasar tidak mengira jawatan dan pangkat. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, akan bertambah erat hubungan seluruh warga KESEDAR.iii) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat taubat dan solat sunat yang lain, berzakat serta bersedekah

 

raya 1   raya 2

Klik disini untuk lihat gambar Jalinan Kasih Aidilfitri KESEDAR 2017

<<Kembali