Majlis Perasmian Jambatan Setelu Majlis Perasmian Jambatan Setelu

Gua Musang 31 Mei - Melakar sejarah apabila pembukaan jambatan baharu Pulau Setelu, yang bernilai RM36.2 juta. Jambatan ini dibina sempena menggantikan jambatan yang roboh akibat rempuhan ribuan kayu balak akibat banjir pada disember 2014. Jambatan sepanjang 280meter ini adalah alternatif jalan ke jeli yang akan memberi manfaat kepada 100,000 pengguna jalan raya untuk pulang ke kampung pada musim Hari Raya Aidilfitri ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, laluan itu dapat mengatasi kesesakan jalan untuk perantau pulang beraya ke negeri ini.Turut hadir ke majlis ini ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Datuk Sazmi Miah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan

Selain itu, "Jambatan ini juga memberi manfaat kepada penduduk di 20 buah kampung di kawasan ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membawa keluar hasil pertanian mereka dengan lebih cepat. Datuk Seri Rina turut mengagihkan sumbagan yang berupa kuih raya kepada perantau yang melalui jalan tersebut. Majlis bersurai pada jam 4.00petang

Jambatan Setelu 1   Jambatan setelu 2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Perasmian Jambatan Setelu

<<Kembali