Kejohanan Futsal dan Penalty Shout-Out Tertutup 3K 2018 Kejohanan Futsal dan Penalty Shout-Out Tertutup 3K 2018

19 Disember 2018, bertempat di Pusat Rekreasi KESEDAR telah berlangsung Kejohanan Futsal dan Penalty Shout-Out anjuran Kelab Keluarga KESEDAR (3K). Sebanyak 15 pasukan lelaki dan 17 pasukan wanita yang menyertai kejohanan kali ini.

Keputusan keseluruhan kejohanan futsal kali ini, Johan, Hartanah A, Naib Johan Pentadbiran A, tempat ketiga masing-masing Bahagian Teknologi Maklumat bersama Bahagian Kewangan dan Wilayah Gua Musang, manakala Panalty Shout Out wanita, johan dimenangi oleh Bahagian Hartanah, naib johan Bahagian Teknologi Maklumat dan tempat ketiga Wilayah Gua Musang.

Pertandingan ini melibatkan semua bahagian di ibu pejabat, Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuala Krai dan Wilayah Jeli. Acara yang bermula seawal jam 9.00 ini berakhir pada jam 6.30 petang dengan penyampaian hadiah oleh YDP Kelab Keluarga KESEDAR, En. Kamarul Badrul Hisyam bin Mohamed di iringi oleh NYDP Kelab, En.Hasri Rifdi bin Mamat@Hamzah.

 

Kejohanan Futsal dan Penalty Shout-Out Tertutup 3K 2018   Kejohanan Futsal dan Penalty Shout-Out Tertutup 3K 2018

Klik disini untuk lihat gambar Kejohanan Futsal dan Penalty Shout-Out Tertutup 3K 2018