Kejohanan Sepak Takraw dan Penalti Bola Jaring 2017 Kejohanan Sepak Takraw dan Penalti Bola Jaring 2017

28 Disember 2017, bertempat di Ibu Pejabat KESEDAR telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw dan Penalti Bola Jaring Anjuran Kelab Keluarga KESEDAR (3K). Sebanyak 17 pasukan Sepak Takraw dan 15 pasukan bola jaring telah menyertai kejohanan ini.

Keputusan keseluruhan pertandingan kali ini bagi Sepak Takraw adalah Johan, Hartanah B, Naib Johan Wilayah Kuala Krai, tempat ketiga Bahagian Kewangan dan Bahagian Hartanah D, manakala bagi Penalti Bola Jaring, johan dimenangi oleh Bahagian Pembangunan Pertanian dan naib johan dimenangi oleh Bahagian Hartanah A tempat ketiga masing-masing Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Wilayah Gua Musang.

Pertandingan ini melibatkan semua bahagian di ibu pejabat, Wilayah Gua Musang, Wilayah Jeli dan Wilayah Kuala Krai. Acara yang bermula seawal jam 9.00 ini berakhir dengan penyampaian hadiah oleh Timbalan Pengurus Besar (D) Tuan Haji Othman bin Ismail pada jam 4.30 petang.

 

Kejohanan Sepak Takraw dan Penalti Bola Jaring 2017   Kejohanan Sepak Takraw dan Penalti Bola Jaring 2017

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Kejohanan Sepak Takraw dan Penalti Bola Jaring 2017

<<Kembali