Prasarana Luar Bandar Prasarana Luar Bandar

Program Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)

(a) Program Pembangunan Infrastruktur Asas dan Awam

Sebanyak RM5,100,000.00 telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek di bawah Program Pembangunan Infrastruktur Asas dan Awam iaitu Projek Jalan Pertanian RKT sebanyak RM550,000.00, Projek Bekalan Air RKT Zon Paloh sebanyak RM3,000,000.00, Projek Kemudahan Awam RKT sebanyak RM520,000.00 dan Projek Penempatan Peneroka RKT yang Belum Mempunyai Rumah sebanyak RM1,030,000.00. Secara keseluruhannya, program ini mencatat prestasi perbelanjaan sebanyak RM5,100,000.00 atau 100%. .

(b)Projek Ladang Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)

KESEDAR telah melaksanakan Program Tanam Semula Ladang Komoditi di RKT KESEDAR melalui 3 fasa pembangunan. Fasa 1 melibatkan ladang sawit seluas 4,395 hektar yang bermula pada tahun 2007 hingga 2013 manakala Fasa 2 pula dilaksanakan pada tahun 2013 hingga 2014 dan melibatkan ladang sawit seluas 2,436 hektar. Fasa 3 yang dilaksanakan pada tahun 2015/2016 pula melibatkan tanam semula ladang getah ke sawit seluas 11,881.31 hektar. KESEDAR telah melaksanakan program tanam semula di 9 RKT dan memberi manfaat kepada 2,200 orang peneroka. Sehingga akhir tahun 2015, sebanyak RM47,936,348.00 telah dibelanjakan untuk projek ini.

Program Pembangunan Kampung Tradisional

Pada tahun 2015, peruntukan yang diterima di bawah Program Pembangunan Kampung Tradisional yang melibatkan projek bekalan air, kemudahan awam dan jalan perhubungan desa adalah sebanyak RM3,705,000.00. Kawasan pembangunan yang ditumpukan adalah Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuala Krai dan Wilayah Jeli/Tanah Merah.

Program Rancangan Pemulihan Tanah

Projek Jalan Pertanian di bawah Program Rancangan Pemulihan Tanah telah dilaksanakan oleh KESEDAR dengan jumlah peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM1,540,000.00. Perbelanjaan yang telah dibuat bagi program ini adalah sebanyak RM1,539,999.28 atau 99.99%.