Majlis Khatam Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran

26 Mei 2019 (Ahad), bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR, telah berlangsung satu Majlis khatam Al-Quran anjuran bersama PUSPANITA Cawangan Kecil KESEDAR & Persatuan Wanita KESEDAR “Ihya Ramadhan 1440H” Tahun 2019. Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan wanita. Seramai 30 orang kakitangan wanita KESEDAR yang menyertai program ini mewakili satu juzuk bagi setiap seorang

Program ini merupakan salah satu acara wajib di bulan Ramadhan yang dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan dipanjangkan kepada agensi dibawahnya supaya turut menjayakan program yang mulia ini. Sebagaimana yang diketahui, jelas bahawa membaca Al-Quran (Bertadarus) itu termasuk ibadah dan amal soleh yang sangat baik dilakukan pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga Allah memberi cahaya petunjuk kepada pembacanya dan cahaya kepada mereka yang mendengar bacaanya.

Antara objektif progra, adalah :-

i) Memberi pengajaran dan pedoman serta petunjuk bagi umat Islam yang mengkaji dan mengamaikannya

ii) Melahirkan rasa cinta kepada Allah S.W.T serta sentiasa diberi rahmat bagi mereka yang mempelajari dan mengahyati Al-Quran .

iii) Memberi Ingatan bahawa Al-Quran adalah sebaik -baik bacaan tidak kira di masa senang ataupun susah, masa gembira atau duka, serta penawar kepada penyakit jiwa.

" Istiqomah dan Ikhlas mentadabbur Al-Quran, Redha Allah sebagai Ganjaran. InsyaAllah"

 

Program Turun Padang  Pengerusi Kesedar Ke Rkt Paloh 3   khatam al-quran

Klik disini untuk lihat gambar Majlis Khatam Al-Quran