Mesyuarat Agong Koperasi Kali Ke XXX Mesyuarat Agong Koperasi Kali Ke XXX

22 Jun 2019 - Bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR telah berlangsung Mesyuarat Agung Koperasi Pegawai-pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) Kali Ke XXX. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu, telah dihadiri oleh penjawat dan pesara KESEDAR. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengurus Besar KESEDAR, YABrs. En Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Koperasi Negeri Kelantan Encik Ku Aziz bin Raja Ali, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Tuan Haji W. Muhd. Rahimi bin Wan Salleh, Pengerusi KPKB, Puan Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR. Dalam ucapan Pengerusi KPKB, beliau mengumumkan keuntungan KPKB adalah berasaskan Stesen Minyak dan Kedai mesra Petronas. Beliau juga telah mengenalpasti dan meneroka peluang pelaburan yang berpotensi untuk dilaksanakan dan dimajukan oleh KPKB pada masa akan datang. Diantaranya adalah Pembangunan Hemodalisis, Pembangunan Hotel Kontena, Pembangunan Pakej Umrah dan Pelancongan, Pembiayaan Pinjaman Bayaran Insuran Motor Kenderaan, Pembangunan Hartanah, Pembangunan Ladang dan Penyewaan Tapak-tapak Kosong Milikan Koperasi.

Dalam ucapan Tuan Pungurus Besar, beliau berharap semua anggota koperasi haruslah berganding bahu dalam menyumbang idea-idea yang bernas bagi menjadikan koperasi akan terus relevan pada masa hadapan. Di samping itu, beliau berharap keuntungan koperasi haruslah diagihkan secara adil dan saksama kepada semua anggota koperasi. Justeru, beliau mencadangkan agar koperasi mewujudkan satu unit seperti koperasi "cares" bagi menangani isu-isu sara hidup yang dihadapi oleh anggota. Beliau juga berharap, pihak koperasi dapat menganlpasti strategi-strategi baru yang akan digunapakai dalam memajukan lagi perniagaan koperasi agar lebih efisyen dan berdaya saing pada masa akan datang. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang

 

koperasi1   koperasi2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Mesyuarat Agong Koperasi Kali Ke XXX