KPKB 2018 KPKB 2018

28 Jun 2018, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad kali ke Dua Puluh Sembilan (XXIX) telah diadakan di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang. Mesyuarat Agung kali ini diadakan adalah untuk membentang dan melaporkan aktiviti Koperasi sepanjang tahun 2017, serta memilih Ahli Jawatankuasa koperasi yang baru

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Haji Othman bin Ismail Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Dalam ucapannya, beliau telah menekankan agar Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang baru dilantik dalam mesyuarat Agung kali ini perlu lebih produktif dan berusaha untuk memajukan koperasi pada masa akan datang. Beliau juga berharap agar ahli koperasi sentiasa memberi cadangan atau idea yang bernas bagi tujuan peningkatan pendapatan koperasi.

Dalam mesyuarat kali ini, anggota yang menawarkan diri untuk bertanding dan namanya telah dihantar dan telah disahkan oleh SKM ialah Pn. Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh, Pn. Azlina binti Ghazali, En. Mohd Hisyam Efendee bin Abdullah dan En. Mohd Yusoff bin Mat Junoh. Majlis berakahir jam 12 tengah hari dengan jamuan hari raya oleh KPKB.

 

 

kpkb   kpkb2

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Mesyuarat Agong KPKB kali ke XXIX