Kuala Krai Kuala Krai

Aktiviti

Fungsi utama pejabat adalah untuk merancang, melaksana dan menyelaras projek/aktiviti dibawah program pembangunan infrastruktur, pembangunan sosial dan institusi, pembangunan rakyat termiskin, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan pembangunan ekonomi kepada penduduk.

Unit Penyelarasan Dan Maklumat

  • Mengumpul dan kemaskini data/ maklumat bagi setiap sektor pembangunan.

  • Menyedia dan menyelaras laporan projek pembangunan.

Unit Ekonomi Dan PKR

  • Melaksana menyelaras dan menyelia projek-projek ekonomi. Seperti bantuan pinjaman ILB/ES, TEKP,pembangunan usahawan, kursus/lawatan/bimbingan.

  • Melaksana, menyelaras dan menyelia projek-projek PKR seperti bina/baiki rumah, ekonomi, minda dan PPMS.

Unit Infrastruktur Dan Kontrak

  • Mengumpul dan menyemak maklumat perancangan projek. Seperti Ringkasan projek, anggaran kos.

  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan projek-projek fizikal seperti dokumen tawaran iklan, lawatan tapak, borang tawaran, peti tawaran, kertas penilaian, mesyuarat jawatankuasa, sebutharga, surat tawaran, pemantauan, laporan pelaksanaan projek dan perakuan bayaran.

Unit Sosial Dan Intitusi

  • Mengenalpasti aktiviti pembangunan sosial dan institusi.

  • Melaksana, menyelaras dan menyelia aktiviti pembangunan sosial dan institusi seperti keagamaan, pendidikan, kepimpinan, kemasyarakatan Sukan, budaya, persatuan/pertubuhan, jk peringkat kampong.

  • Melaksana, menyelaras dan menyelia pembangunan GDW.

Unit Pentadbiran Dan Kewangan

  • Urusan kewangan seperti pesanan tempatan/ inden, buku vot, daftar bil, bayaran/ penerimaan, elaun,panjar wang runcit, pendahuluan, belanjawan.

  • Urusan pentadbiran am kakitangan seperti Surat menyurat, hotel, perubatan, fail, kenderaan, aset/ inventori, perkhidmatan, kursus/ peperiksaan/ latihan.

Pejabat Operasi

  • Mengenalpasti keperluan pembangunan dan menilai/memperakukan permohonan projek dari masyarakat.

  • Membantu pejabat wilayah dalam pelaksanaan dan penyeliaan projek/ aktiviti.

  • Pemudahcara dalam menyelesai masalah masyarakat.

  • Penggerak GDW dan pertubuhan/ persatuan/ JK.

  • Menyedia/kemaskini maklumat/ data.

Halaman: 1  2