Lagu Lagu

KESEDAR CEMERLANG

Kesedar cemerlang sebagai peneraju
Dasar yang berkesan pentadbiran bermutu
Membawa perubahan memberi wajah baru
Kelantan Selatan membangun maju

Rancangan disusun agenda diisi
Kepakaran dihulur pengalaman dikongsi
Bantuan diatur bimbingan diberi
Kejayaan bersama dinikmati

Strategi dirancang matlamat dilaksana
Mengatur pembangunan dengan adil saksama
Desa mula berkembang kota pula menjelma
Bangsaku tidak lagi terhina

Gigih iltizam tunaikan tanggungjawab
Sanggup berkorban membela nasib rakyat
Dalam pelbagai bidang bangsa ku bermartabat
Semoga Tuhan memberi berkat

(Ulang rangkap 3 dan 5)

Bersama menyumbang merempuh halangan
Tenaga digembeling melangkah ke hadapan
Kesedar  Kesedar tersohor di Kelantan
Memacu Selatan Kelantan Terbilang