Latihan Membina Sikap (LMS) Sempena Bulan Kebangsaan 2019 Latihan Membina Sikap (LMS) Sempena Bulan Kebangsaan 2019

28 Ogos 2019, bertempat di Dataran Q KESEDAR telah berlangsung acara Latihan Membina Sikap (LMS) ataupun aerobik yang diketuai oleh Cukgu Azizi. Program ini melibatkan semua kakitangan KESEDAR di ibu pejabat. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar KESEDAR, En.Iskandar Zulkarnain bin Ibrahim dan diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Haji Othman bin Ismail. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Tuan Pengurus Besar, dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”, seperti yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Sign Deo. Beliau juga mengajak semua kakitangan supaya sentiasa bersatu padu, seia sekata, bersatu hati dan sayangi Negara kita. Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan Negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Seterusnya dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang tinggi.

Majlis juga turut mengibar bendara Malaysia sambil diiringi dengan lagu “Malaysia Bersih”. Majlis berakhir jam 9.00 pagi.

 

Latihan Membina Sikap (LMS) Sempena Bulan Kebangsaan 2019   Latihan Membina Sikap (LMS) Sempena Bulan Kebangsaan 2019

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Latihan Membina Sikap (LMS) Sempena Bulan Kebangsaan 2019