Lawatan Kerja Pengerusi Biro Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Lawatan Kerja Pengerusi Biro Pembangunan Luar Bandar Persekutuan

26 November 2018 - bertempat di Ibu pejabat KESEDAR Gua Musang, Pengerusi Biro Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Negeri Kelantan, YBrs Tuan Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah dan Ahli Jawatankuasa telah melakukan Lawatan Kerja ke KESEDAR. Rombongan ini telah disambut oleh YBhg Dato’ Sazmi Miah, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mendengar Pelan Pembangunan KESEDAR. Taklimat Pelan Pembangunan KESEDAR telah disampaikan oleh Timbalan pengurus Besar (Pengurusan), Tuan Haji Wan Rahimi bin Wan Salleh. Turut sama dalam sesi pembentangan ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Othman bin Ismail serta pengurus-pengurus Bahagian, Pengurus Wilayah dan CEO Anak Syarikat KESEDAR.

 

Lawatan Kerja Pengerusi Biro Pembangunan Luar Bandar Persekutuan   Lawatan Kerja Pengerusi Biro Pembangunan Luar Bandar Persekutuan

Klik disini untuk lihat gambar Lawatan Kerja Pengerusi Biro Pembangunan Luar Bandar Persekutuan