Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Ke Unit JKR KESEDAR Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Ke Unit JKR KESEDAR

Tanah Merah, 1 Ogos 2019 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir membuat lawatan kerja ke Unit JKR KESEDAR sempena siri Lawatan Kerja Rasmi ke Negeri Kelantan Darul Naim.

Ketibaan YB Timbalan Menteri yang diiringi oleh Pengarah dan pegawai kanan JKR Negeri Kelantan disambut oleh Ybrs En. Shukri Bin Ishak, Pengarah Unit JKR KESEDAR, Ybhg Dato’ Sazmi Miah, Pengerusi KESEDAR bersama pegawai dan kakitangan unit JKR KESEDAR.

YB Timbalan Menteri seterusnya menandatangani buku kehadiran pelawat ke pejabat ini sebelum dibawa melawat ke semua unit/bahagian di pejabat ini.

YB Timbalan Menteri seterusnya menandatangani perasmian Laman Hijau Unit JKR KESEDAR dan seterusnya dibawa melawat kawasan persekitaran kuarters bagi kakitangan Unit JKR KESEDAR.

Program diteruskan di pentas utama dengan ucapan alu-aluan oleh Ybrs En. Shukri Bin Ishak, Pengarah Unit JKR KESEDAR, Ucaptama oleh YB Timbalan Menteri serta sesi ramah mesra turut diadakan bertujuan untuk mendengar persoalan, pendapat dan cadangan dari warga kerja Unit JKR KESEDAR yang hadir pada pertemuan ringkas tersebut.

YB Timbalan Menteri bersama dif-dif jemputan, pegawai dan kakitangan unit JKR KESEDAR menjamu selera sambil melihat persembahan oleh pasukan dikir barat Unit JKR KESEDAR.

 

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Ke Unit JKR KESEDAR   Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Ke Unit JKR KESEDAR

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Ke Unit JKR KESEDAR