MAJLIS TAUTAN KASIH AIDILFITRI 2019 MAJLIS TAUTAN KASIH AIDILFITRI 2019

30 Jun 2019- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut meriah oleh para penjawat KESEDAR dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Majlis yang dinamakan "Tautan Kasih Aidilfitri KESEDAR 2019M/1440H" yang berlangsung di Dewan Komuniti KESEDAR, Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang bermula jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang berlangsung meriah dengan dikunjungi hampir 1500 orang tetamu. Majlis diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dan para tetamu untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri. 

Majlis dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sazmi bin Miah, diiringi oleh Pengurus Besar KESEDAR, YABrs. En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim. Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR yang lain antaranya YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan; YBrs. En. Luqman bin Ahmad; YBrs. En. Azizie bin Taib; YBrs. Dato' Hj. Zamri bin Ismail; YBhg. Dato' Hj. Fazam bin Mat Lazim; YBhg. Datuk Haji Mohd Roslan bin Puteh; dan YBrs. Pn. Zaleha binti Che Kob @ Yaacob.

Pada majlis ini, YBhg. Dato' Sazmi bin Miah, diiringi oleh YABrs. En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim menyampaikan sijil dan cenderamata kepada 31 orang pesara KESEDAR sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa-jasa mereka yang telah berkhidmat untuk KESEDAR. KESEDAR juga turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf sekitar Gua Musang.

Usaha KESEDAR mengadakan majlis seperti ini adalah wajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara semua kakitangan serta kumpulan sasar tidak mengira jawatan dan pangkat. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, warga KESEDAR dapat bermaaf-maafan diantara satu sama lain serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka

 

raya   raya

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Tautan Kasih Ailfitri 2019