Majlis Jom Kacau Bubur Asyura 2018 Majlis Jom Kacau Bubur Asyura 2018

02 Oktober 2018 (Isnin), bertempat di perkarangan letak kereta Ibu Pejabat KESEDAR, telah berlangsungnya Majlis Asyura anjuran Kelab Keluarga KESEDAR (3K) sempena menyambut bulan Muharram 1440 Hijrah. Majlis bermula seawal jam 4.00 pagi serta disambut penuh meriah dengan penglibatan pegawai dan kakitangan setiap bahagian, Wilayah Gua Musang, JKR KESEDAR, Pejabat Operasi serta KESEDAR Holding Sdn. Bhd. Sambutan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar KESEDAR YBhg En. Iskandar Zulkarnain bin Ibrahim yang turut serta mengacau bubur Asyura.

Matlamat utama penganjuran aktiviti ini adalah memupuk semangat kerjasama dan sebagai medan untuk bermesra dengan semua penjawat. Sebanyak 19 kawah bubur Asyura telah berjaya dihasilkan. Semoga majlis ini dapat dijalankan setiap tahun untuk mengeratkan ukhuwah antara penjawat KESEDAR. Pada tahun ini juga diadakan pertandingan bubur Asyura mengikut kreteria yang telah ditetapkan. Johan pertandingan bubur asyura pada tahun ini adalah Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, tempat kedua Bahgaian Teknologi Malumat, Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan serta Unit Integriti dan tempat ketiga Bahagian Pembangunan Masyarakat. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang.

 

Majlis Jom Kacau Bubur Asyura 2018   Majlis Jom Kacau Bubur Asyura 2018

Klik disini untuk lihat gambar Majlis Jom Kacau Bubur Asyura 2018