Majlis Makan Malam Amal PWK Majlis Makan Malam Amal PWK

Pada 20.12.2017, Bertempat di Dewan Merak KESEDAR Inn, telah berlangsung satu Majlis Makan Malam Amal, anjuran Persatuan Wanita Kesedar (PWK). Majlis yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk meraikan kakitangan wanita KESEDAR dan para suri (isteri penjawat lelaki KESEDAR) disamping mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli.  Seramai 135 orang ahli telah menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis yang bertemakan hitam/putih ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Yang DiPertua Pn. Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh, dan seterusnya majlis disajikan dengan persembahan Kior oleh Ahli Jawatan Kuasa PWK dengan lagu tema majlis "Hitam Putih Kehidupan". Majlis terus diserikan lagi nyanyian oleh Mantan Penaung PWK, Datin Pn.Hajjah Norhalida bt Hassan dengan lagunya yang bertajuk "Power of Love" dan diikuti oleh ahli-ahli yang lain bagi menghiburkan para tetamu.

Majlis turut melancarkan "Tabung Bencana" yang telah disempurnakan oleh YDP PWK dan Mantan Penaung PWK. Tujuan tabung ini dilancarkan adalan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang menghadapi bencana alam. Antara aktiviti yang diadakan pada malam itu adalah pertandingan memperagakan fesyen pakaian, cabutan bertuah, sambutan hari lahir untuk ahli yang lahir pada bulan disember, meraikan ahli yang bersara dan kemuncaknya adalah hadiah misteri yang berupa telefon pintar. Majlis berakhir jam 11.30 malam.

 

Majlis Makan Malam Amal PWK   Majlis Makan Malam Amal PWK

Klik disini untuk lihat Majlis Makan Amal PWK

<<Kembali