Majlis Menandatangani Perjanjian Perlombongan Mineral Majlis Menandatangani Perjanjian Perlombongan Mineral

12 Mac 2020, bertempat di Dewan Komuniti, Ibu Pejabat KESEDAR, satu Majlis Menandatangani Perjanjian Perlombongan Mineral Antara KESEDAR Holding Sdn. Bhd. Dan Dutamas Hijau Sdn. Bhd. Telah berlangsung. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Sazmi Miah, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR. Turut hadir pada majlis ini adalah Datuk Hj. Ramli bin Mohd Zain, Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR Holding, Datuk Hj Mohd Roslan bin Puteh, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, En. Iskandar Zulkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR, Tn. Hj. Othman bin Ismail, Timb. Pengurus Besar (Pembangunan), dan Tn. Hj. W. Rahimi bin Wan Salleh, Timb. Pengurus Besar (Pengurusan).

Dato’ Sazmi Miah turut melakukan gimik ulangtahun 42 tahun penubuhan KESEDAR dan melancarkan English@KESEDAR on Wednesday. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

 

Majlis Menandatangani Perjanjian Perlombongan Mineral Antara KESEDAR Holding dan Dutamas Hijau Sdn Bhd   Majlis Menandatangani Perjanjian Perlombongan Mineral Antara KESEDAR Holding dan Dutamas Hijau Sdn Bhd

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian Perlombongan Mineral Antara KESEDAR Holding dan Dutamas Hijau Sdn Bhd