Majlis Penyampaian Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Majlis Penyampaian Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Jeli, 24 November 2018, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperuntukkan RM25.3 juta untuk program kesejahteraan rakyat di negeri Kelantan yang melibatkan pembinaan rumah baru dan baik pulih Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun 2019.

Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM9.498 juta diperuntukkan untuk membina rumah baharu melibatkan 190 unit, manakala untuk baik pulih 1,094 unit pula membabitkan kos sebanyak RM15.8 juta. Sebanyak RM210 juta diperuntukkan untuk projek pembangunan di Kelantan pada tahun 2019.

Pembiayaan projek PPRT sepanjang tahun 2011 hingga 2017 oleh KESEDAR membabitkan RM27.28 juta untuk membina 637 rumah baharu dan RM 15.11 juta pula untuk membaik pulih 4138 rumah di negeri ini. Bagi tahun ini pula, sebanyak 31 unit dengan peruntukan berjumlah RM 2.01 juta yang mana terdiri daripada peserta PPRT sistem e-Kasih.

Turut hadir ke majlis ini ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah dan Pengurus Besar Kesedar, Iskandar Zurkarnain Ibrahim.

 

Majlis Penyampaian Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)   Majlis Penyampaian Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Klik disini untuk lihat gambar Majlis Penyampaian Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)