Majlis Penyampaian Sumbangan Iftar Sempena Ramadhan 1440H Majlis Penyampaian Sumbangan Iftar Sempena Ramadhan 1440H

04 Mei 2019- Setiap tahun, Pihak Pengurusan KESEDAR telah memperuntukan sebanyak RM 150,000.00 bagi melaksanaan Majlis Penyampaian Sumbangan Iftar Sempena Ramadhan 1440H yang melibatkan lebih 200 buah masjid dan surau seluruh kawasan KESEDAR. Pengerusi KESEDAR, Ybhg Dato' Sazmi Miah telah menyampaikan sumbangan ini kepada Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuala Krai dan Wilayah Jeli. Beliau diiringi oleh pegawai kanan KESEDAR dan juga Ahli Parlimen tempatan seperti Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Seterusnya, Wilayah Gua Musang telah menerima sumbangan sebanyak RM 43,600 (RM 29,600 Wilayah Gua Musang dan RM 14,000 RKT). Sebanyak 36 buah masjid dan 72 madrasah (27 buah masjid dan 46 buah madrasah bagi kawasan Wilayah Gua Musang dan 10 buah masjid serta 26 madrasah di dalam kawasan RKT).

Majlis juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 30,000.00 yang melibatkan 60 buah masjid dan surau di seluruh Jeli dan Tanah Merah. Manakala bagi Wilayah Kuala Krai sebanyak RM 40,000.00 diperuntukkan bagi program Iftar yang melibatkan 92 buah masjid dan surau diseluruh Kuala Krai.

Pihak pengurusan KESEDAR berharap dengan sumbangan yang diterima oleh semua pihak dapat membantu masyarakat setempat mengimarahkan masjid dan surau sepanjang bulan ramadhan ini.

Majlis Penyampaian Sumbangan Iftar Sempena Ramadhan 1440H   Majlis Penyampaian Sumbangan Iftar Sempena Ramadhan 1440H

Klik disini untuk lihat gambar Majlis Penyampaian Sumbangan Iftar Sempena Ramadhan 1440H.