Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Peserta PPP Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Peserta PPP

26 Dis 2017: Majlis Perjumpaan YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Ahli Parlimen Jeli bersama Pegawai/Kakitangan KESEDAR Wilayah Jeli/Tanah Merah serta Ketua-ketua Agensi KKLW Kawasan Jeli dan Majlis Penyerahan Bantuan kepada Peserta Program Peningkatan Pendapatan (PPP) KESEDAR Wilayah Jeli/Tanah Merah bertempat di Pejabat Wilayah Jeli.

Hadir sama Pengerusi KESEDAR YB Datuk Haji Abdul Aziz Derashid dan Pengurus Besar KESEDAR YABrs. En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim. Seramai 7 orang peserta PPP Wilayah Jeli/Tanah Merah menerima bantuan peralatan mesin dan barangan makanan bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka.

 

Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Peserta PPP   Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Peserta PPP

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Peserta PPP

<<Kembali