Majlis Penyerahan Mockup Program Warung Desa @ KPLB

Pada 13 Dsember 2020, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KESEDAR telah di adakan Majlis penyerahan Mockup Program Warung Desa @ KPLB. Majlis Penyerahan mockup tersebut telah di sempurnakan oleh YABrs Pengurus Besar, En Iskandar Zurkarnain Bin Ibrahim. Turut hadir kedua-dua Timbalan Pengurus Besar (D) dan Timbalan Pengurus Besar (O) dan juga wakil Wilayah Gua Musang.

Pada majlis tersebut seramai 5 orang peserta yang terpilih dalam pelbagai kategori perniagaan kecil-kecilan telah menerima mockup yang disampaikan oleh YABrs PB. Program juga di teruskan secara Video Conferrence (VC) bersempena pelancaran program Warung Desa@KPLB di MRSM Mersing yang di rasmikan oleh YB Datuk Dr Abdul Latiff Bin Ahmad, Menteri Kemajuan Luar Bandar (KPLB)

Majlis Penyerahan Mockup Program Warung Desa @ KPLB   Majlis Penyerahan Mockup Program Warung Desa @ KPLB

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Penyerahan Mockup Program Warung Desa @ KPLB