Majlis Penyerahan Sumbangan Program Foodbank YaPEIM 2.0

21 Disember 2020, bertempat di Dewan Komuniti KESEDAR, telah berlangsung satu Majlis Penyerahan Sumbangan Program Foodbank YaPEIM 2.0. Majlis diserikan dengan kehadiran YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), En. Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh, Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIN Kelantan, En. Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR, Tn. Hj. W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Timb. Pengurus Besar KESEDAR (D) dan Pn. Hjh. Norlidasaidi binti Awang Teh, Timb. Pengurus Besar KESEDAR (O).

Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membantu meringankan bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Program foodbank ini bukan sahaja menyediakan keperluan asas seperti makanan dan keperluan harian, namun pada masa sama turut membantu membina serta memperkasa usahawan.

Seramai 200 penjawat KESEDAR menerima sumbangan daging segar bersempena Inspirasi Musaadah Covid-19 YaPEIM sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negara.

Majlis Penyerahan Sumbangan Program Foodbank YaPEIM 2.0   Majlis Penyerahan Sumbangan Program Foodbank YaPEIM 2.0

Klik disini untuk lihat gambar sekitar Majlis Penyerahan Sumbangan Program Foodbank YaPEIM 2.0